Saturday, June 9, 2012

Pure Manjakani 100% Gred AAA



Manjakani, dianggap sebagai buah `ajaib', dihasilkan melalui proses metamorfosis apabila sejenis serangga penyengat yang hinggap dan menetaskan telurnya di atas daun pokok oak. Telur yang menetas menghasilkan enzim-enzim yang merangsang bekalan makanan pada sel-sel daun sehingga terbentuknya satu bebola keras yang dipanggil Manjakani.Manjakani telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sejak berkurun lamanya oleh orang-orang Arab , Iran , India , Cina dan Melayu. Malah ia dipercayai telah mula digunakan sejak 2725 Sebelum Masehi oleh orang-orang Mesir Purba. Kajian menunjukkan bahawa Manjakani kaya dengan tannin, asid tanik, anti-oksida, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, serat, protein, zat besi dan karbohidrat. Manjakani juga mengandungi unsur-unsur seperti astrigen, anti-mikrobial, anti-inflamasi, anti-oksida dan anti-radang.



Manjakani sering digunakan untuk tujuan-tujuan berikut dalam perubatan:

- Awet muda: Anti-oksida dalam Manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel;

- Pencegahan kencing manis: Asid Galik boleh mencegah kencing manis dan lelah;

- Pencegahan barah payudara dan rahim: Anti-oksida dalam Manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim;

- Pencegahan bau yang tidak diingini: Manjakani yang bersifat astrigen boleh membasmi kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj;

- Merawat otot-otot dalam faraj: Tannin yang terdapat dalam Manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula;

- Mengawal lendir dan lelehan faraj: Astrigen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas;

- Mengecutkan semula tisu-tisu: Astrigen membantu mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutama selepas bersalin;

- Menegang dan mencantikkan kulit: Astrigen boleh mencantikkan kulit dan mencegah masalah kulit muka seperti jerawat;

- Mata yang sihat: Astrigen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia dapat mengecutkan tisu-tisu mata;

- Merawat payudara: Oleh kerana Manjakani dapat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan mengambil minuman Manjakani dapat memperbaiki payudara yang hilang sifat keanjalannya;

- Gigi dan tulang: Kalsium dalam Manjakani dapat membantu menguatkan gigi dan tulang;- Mulut: Astrigen dalam Manjakani dapat mengekalkan kebersihan mulut;

- Kulit kering dan berminyak: Astrigen dapat mengekal dan mengawal keseimbangan lembapan kulit;

- Merawat ulser: Amalan meminum Manjakani juga dapat membantu merawat penyakit ulser;

- Melawaskan pembuangan air kerana Manjakani mempunyai serat makanan yang tinggi.Vitamin, zat galian serta karbohidrat dan protein boleh membantu memberi kesihatan yang baik.



100% pure manjakani gred AAA tanpa bahan campuran.



Harga :

40g - RM30

Kos pos SM-RM6, SS-RM-9

No comments:

Post a Comment